Monday, March 22, 2010

Majlis Perpisahan Pelajar Semester 6 2010

22 Mac 2010 - Berlangsungnya Majlis Perpisahan Pelajar Semester 6 yang berlangsung di Dewan Besar ILP Kuala Langat.
Majlis yang bermula jam 9.15 malam telah dirasmikan oleh Tn. Pengarah ILP Kuala Langat En. Zainudin Bin Ahmad dan dihadiri oleh Staf-staf ILP Kuala Langat serta pelajar semester akhir dari kursus Multimedia dan Networking.
Di dalam majlis tersebut, Tn Pengarah telah sudi menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menyumbangkan usaha dan tenaga mereka kepada institut. Pihak institut amat berbesar hati dalam kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar semester akhir sepanjang mereka berada di institut ini.
Majlis yang berakhir jam 11.00 malam tersebut telah berlangsung dengan lancar dan jayanya dan pihak institut mengucapkan tahniah di atas penganjuran majlis tersebut.
Pihak institut juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar semester akhir yang akan menjalani Latihan Industri tidak lama lagi.
Diharapkan semua pelajar dapat menunjukkan prestasi yang baik semasa LI dan dapat menjaga nama baik institut di mata orang ramai.