Monday, March 22, 2010

Majlis Perpisahan Pelajar Semester 6 2010

22 Mac 2010 - Berlangsungnya Majlis Perpisahan Pelajar Semester 6 yang berlangsung di Dewan Besar ILP Kuala Langat.
Majlis yang bermula jam 9.15 malam telah dirasmikan oleh Tn. Pengarah ILP Kuala Langat En. Zainudin Bin Ahmad dan dihadiri oleh Staf-staf ILP Kuala Langat serta pelajar semester akhir dari kursus Multimedia dan Networking.
Di dalam majlis tersebut, Tn Pengarah telah sudi menyampaikan cenderamata dan sijil penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah menyumbangkan usaha dan tenaga mereka kepada institut. Pihak institut amat berbesar hati dalam kerjasama yang diberikan oleh semua pelajar semester akhir sepanjang mereka berada di institut ini.
Majlis yang berakhir jam 11.00 malam tersebut telah berlangsung dengan lancar dan jayanya dan pihak institut mengucapkan tahniah di atas penganjuran majlis tersebut.
Pihak institut juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar-pelajar semester akhir yang akan menjalani Latihan Industri tidak lama lagi.
Diharapkan semua pelajar dapat menunjukkan prestasi yang baik semasa LI dan dapat menjaga nama baik institut di mata orang ramai.

Friday, February 5, 2010

KPSL - Jangan Ketinggalan

Utk geng-geng Ilp Kuala Langat,

Jangan lupa isi borang KPSL utk tahun ni. Tarikh tutup bulan 3, jgn tangguh-tangguh. Kita exam ramai-ramai nanti. J41/42 kosong banyak kat langat nih. Ada can nak stay sini

Thursday, February 4, 2010

Blog Untuk Warga Ilpkls - First Look

Alhamdulillah, laman blog ini wujud juga hasil idea Tuan Pengarah beberapa hari lepas. Walaupun kurang pengalaman dalam bidang penulisan, saya akan cuba untuk aktif di dalam blog ini.

Wajarlah medium ini digunakan sepenuhnya oleh semua staf Ilp Kuala Langat dalam menyampaikan berita, memo, notis, pengumuman, komentar, cadangan dan bermacam-macam jenis lagi, samada ianya rasmi atau tidak rasmi, untuk kebaikan kita bersama.

Adat kata, 'berkata-kata lebih senang dari menulis', diharapkan tidak membataskan penulisan tuan/puan semua.

Last but not least, kerjasama semua pihak amat dituntut dalam sama-sama memeriahkan laman ini. Semuanya dihujung jari anda, anywhere...anytime...